Tahukah Anda Richard Branson Pernah Gagal ?

Richard Branson merupakan billionaire yang sangat terkenal dan jenama yang paling femes yang dikenali sebagai ‘VIRGIN’.

Tapi tahukah anda tidak semua bisnes yang dilaksanakan oleh beliau berjaya. Ada banyak yang GAGAL sebenarnya.

Antara bisnes beliau yang gagal adalah:

1) Virgin Cola- Cuba meniru Coca Cola. Ia lancarkan pada 1994. Dan pada 2012 terpaksa ditutup kerana Coca Cola pada waktu itu ‘menyerang’ dengan pengiklan lebih agresif.

2) Virgin Cosmetic- Ditubuhkan pada 1997. Waktu ini mereka hanya fokus jualan online sahaja. Malangnya ketika itu tidak ramai yang mempercayai pembelian online. Pada tahun 2009, jenama ini dijual kepada Ros simmons dan dijenamakan semula sebagai Vie At Home. 2013 jenama ini bungkus.

3) Virgin Wedding Dress- Membuka outlet pertama di England pada tahun 1996. Malangnya, 2007 terpaksa menutup semua outlet dan terakhir adalah di Manchester. Jika ditanya kenapa model bisnes ini gagal, beliau dengan santai menjawab “Pengantin sekarang semua sudah tidak ada dara (virgin) lagi”.

4) Virgin Student- Ditubuhkan pada 2000. Ia adalah berkonsepkan social networking. Ia mengandungi profile, photo, messaging friend & group. Fungsi-fungsi ini menyerupai Facebook. Mungkin ini adalah konsep yang diolahcipta oleh Facebook. Bisnes ini gagal kerana kebangkitan Myspace ketika itu. Di tutup secara rasminnya pada 2005.

5) Virgin Car- Ia juga adalah bisnes Richard Branson yang gagal. Berjaya jual sebanyak 12,000 unit sahaja. Hanya sempat beroperasi selama 5 tahun sahaja.

Ada beberapa lagi bisnes beliau yang gagal seperti Virgin Games, Virginware (pakaian dalam wanita) dan juga Virgin MegaStore.

So kawan-kawan yang banyak buka bisnes itu jangan cepat ‘down’ dan kecewa bila bisnes kita tidak berjaya.

Photo: Dailymail.co.uk

Teruskan usaha. Jangan takut pada cacian dan hinaan orang bila bisnes kita tak berjaya.

Sampai satu masa akan ada bisnes kita yang berjaya.

Semoga anda belajar sesuatu.

 

 

 

Sumber : facebook Hafiz Wasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *