Kebuntuan May Lenyapkan Harapan Brexit, Apakah Masih Ada Harapan Untuk GBP?

Pada awal bulan September yang lalu, pasaran melihat syarat-syarat Brexit bakal disepakati oleh UK dan EU dalam tempoh masa terdekat dan sentimen ini telah membantu pound untuk menamatkan penurunan selama 5 bulan berturut-turut.

Namun begitu, harapan punah selepas Perdana Menteri UK, Theresa May mengatakan laluan untuk perjanjian Brexit dipersetujui masih menemui jalan buntu.

May menyebut dua isu utama kekal menjadi jurang perbezaan yang menghalang daripada berlakunya sebarang perjanjian dan beliau hanya mengharap agar EU lebih menghormati cadangan yang dikemukan daripada terus melakukan penolakan.

Perkara besar yang masih dibincangkan adalah berkenaan hubungan ekonomi UK selepas Brexit dan juga sempadan Irish.

Pada artikel yang lalu, May turut menyebut ‘no deal’ adalah lebih baik daripada ‘bad deal’.

Kenyataan May telah menghambat jatuh pound secara besar-besaran pada hari Jumaat yang lepas terutamanya dalam keadaan pelan Chaquers beliau turut mendapat tentangan yang hebat daripada sebahagian ahli parlimen UK.

Keadaan ini turut menunjukkan sensitiviti pasaran terhadap perkembangan Brexit sehingga mengenepikan data positif jualan runcit dan inflasi harga pengguna UK yang diterbitkan pada minggu lalu.

Dengan hanya satu data ekonomi UK berimpak tinggi pada minggu ini, pound dijangka akan terus melemah.

GBP/USD dijangka akan menyusut ke bawah paras 1.30. Kelemahan pound juga dilihat akan lebih terkesan berbanding yen dengan GBP/JPY dijangka akan jatuh lebih rendah daripada harga 146.0

Sumber : CTC Fm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *